26 Apr 2017

Punca Perut Susah Kempis

Mesti ramai yang mengidam perut yang kempis dan ramping, tetapi setelah berhempas pulas membuat semua jenis senaman perut masih juga tak nampak hasilnya. Jadi entri kali ni ZOP nak kongsikan tips bagaimana cara untuk mengempiskan perut dengan mengetahui puncanya dahulu.

Punca Perut Susah Kempis

Sebelum ni macam-macam senaman perut yang ZOP lakukan, daripada senaman di rumah sehinggalah di gym, tapi perut tidak memberi kesan seperti yang di idamkan cuma yang ada maintain bulat baik punya.(hehe..) Disebabkan kekecewaan itulah ZOP buat sedikit kajian cara yang tepat untuk kempiskan perut. Akhirnya ZOP menemui satu jawapan iaitu punca utamanya adalah lemak di bahagian perut.

Lemak Di Bahagian Perut

Senaman perut adalah latihan untuk membina dan menguatkan otot perut tetapi sebenarnya lemak masih lagi menyeliputi di atas otot perut tersebut. Ceritanya begini, otot yang kita bina melalui senaman perut tidak akan kelihatan atau menonjol jika lemak yang menyeliputi otot tersebut tidak dibuang atau dibakar terlebih dahalu. Kebanyakkan pakar menyatakan bahawa kaedah yang tepat adalah dengan melakukan lebih senaman kardio seperti berjogging, berenang, bermain badminton, bola dan sebagainya yang dapat membakar kalori.

Jack Hafiz Mengorak Langkah

*Tips Pilihan:
 6 Cara Mudah Membakar Kalori Pada Siang Hari

Bila bercakap tentang kalori, diet juga memainkan peranan yang penting di mana kalori yang diambil perlu kurang daripada kalori yang dibakar/keluar. *rujuk artikel: Apakah Itu Diet Sihat. Walau bagaimanapun pembakaran lemak tidak boleh tertumpu pada sesuatu bahagian tertentu, contohnya seperti anda ingin membakar lemak dibahagian perut sahaja ataupun dibahagian peha sahaja. Ianya agak sukar disebabkan senaman kardio akan membakar lemak secara keseluruhan kerana proses pembakaran lemak sesuatu bahagian badan itu akan dipilih oleh genetik anda.

Zakri Rozaini Tidak Ketinggalan

Kesimpulannya, anda masih boleh melakukan senaman perut, tapi ianya hanyalah menguatkan otot perut anda dan tidak membakar lemak yang menyeliputi otot perut itu. Caranya adalah dengan lebihkan senaman kardio untuk pembakaran lemak tersebut terlebih dahulu dan pastikan anda mengamalkan diet yang sihat bagi mempercepatkan proses pengempisan perut anda. Jadi itu sahaja perkongsian ZOP pada entri kali ini, sebarang komen untuk penambahbaikkan amat dialukan kerana kebanyakkan entri ZOP adalah dari pengalaman, perkongsian daripada sahabat ZOP dan artikel-artikel kesihatan. Banyak lagi tips, info dan perkongsian yang ZOP akan tulis tapi dalam entri seterusnya okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : ZakersOnPace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace


15 Apr 2017

Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu - Info Asas Pendaki

Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu adalah di antara tempat yang tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti hiking untuk membuat latihan. ZOP sendiri pun dah lama mengidam untuk menawan puncak Bukit Kutu dan akhirnya "Mission Accomplished!". Yang menariknya pada pendakian kali ni adalah disebabkan 3 selebriti Malaysia turut serta bersama ZOP iaitu Fizi Ali (penyampai radio Suria FM), Shakilla Khoriri (pelakon popular) dan Naqia Nasution (dari reality show "Pilih Kasih 3").

Video Penuh Bukit Kutu di Bawah
Puncak Bukit Kutu

Walaupun Bukit Kutu diklasifikasikan sebagai bukit, sebenarnya ketinggiannya setaraf dengan kebanyakkan gunung lain di dalam Malaysia iaitu 1053 meter atau 3456 kaki. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 4 jam (terpulang pada stamina individu) dan mendaki sejauh lebih kurang 7 km untuk sampai ke puncak. Jadi lebih baik anda membawa bekal makanan dan minuman yang secukupnya, kalau tidak memang berlaparlah satu hari. (hehe..) Makan lebih sikit pun boleh sebab jumlah kalori yang ZOP bakar pada aktiviti kali ni lebih kurang 4362 kcal (diukur menggunakan jam Suunto Spartan Ultra).


*Tips Pilihan: Cara Meningkatkan Metabolisme Hanya Dengan Makan

Pada permulaan pendakian, anda akan berjumpa dengan dua simpang Y, di mana kedua-duanya anda harus memilih laluan kanan untuk ke Bukit Kutu. Ini kerana laluan yang sama juga anda boleh guna untuk pergi ke Air Terjun Lata Medang jika anda memilih jalan kiri. (gambaran penuh ada di dalam video "Hiking at Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu - ZakersOnPace")

Checkpoint Pertama
Kawasan Banglo Lama British

Selain daripada pemandangan indah 360 darjah di puncak Bukit Kutu, terdapat juga tinggalan sejarah yang dipercayai dari zaman pemerintahan British. Terdapat beberapa struktur bangunan lama yang sudah separuh musnah sekitar 500 meter dari puncak Bukit Kutu. Ini yang menyebabkan pendakian ke Bukit Kutu menjadi lebih menarik dan tidak hairanlah ramai pendaki suka membuat latihan di sini.

Destinasi Terakhir Sebelum Pulang

Disebabkan pendakian mengambil masa yang panjang, ZOP mencadangkan supaya anda mulakan aktiviti anda seawal pagi dan yang paling penting sediakan wang kecil sebanyak RM 1 (seringgit) seorang untuk yuran masuk sebelum anda tiba di parking lot Bukit Kutu. Okaylah, kalau info ini berguna bagi anda jangan lupa share kepada kawan-kawan anda dan yang penting subscribe Youtube Channel ZakersOnPace (hehe..). Jadi itu sahajalah untuk entri kali ni, selepas ini ZOP akan mendaki... jeng! jeng! jeng!

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : ZakersOnPace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace

Gunung Datuk, Negeri Sembilan - ZakersOnPace

Gunung Datuk atau nama rasminya Gunung Rembau yang terletak di Negeri Sembilan adalah antara tempat wajib dikunjungi bagi penggemar hiking kerana pendakiannya agak mencabar dan yang paling menarik adalah pemandangan 360 darjah sehingga anda boleh melihat kapal yang berlayar di Selat Melaka. (kalau cuaca cantik)

Video Penuh Gunung Datuk Di bawah
Puncak Gunung Datuk

ZOP juga tidak ketinggalan untuk merasakan sendiri pemandangan yang cantik dari puncak Gunung Datuk setinggi lebih kurang 884m (2900ft). Perjalanan selama 2 jam (terpulang pada stamina individu) untuk naik ke atas dengan jarak sekitar 3 km untuk sampai ke puncak memang sangat berbaloi walaupun ZOP banyak kali berehat kerana laluannya agak menegak. (hehe..)


*Tips Pilihan: 7 Cara Asas Untuk Kurus Yang Sering Terlepas Pandang

Bayaran permit untuk mendaki adalah sebanyak RM 5 (lima ringgit) dan perlu mendaftarkan nama di pondok ranjer bagi tujuan keselamatan. Laluan untuk ke puncak agak lurus dan jelas jadi mudah untuk ZOP dan tidak perlu menggunakan khidmat guide.

Jack Hafizz di Puncak Gunung Datuk
Zakri Rozaini di Puncak Gunung Datuk

Kepada yang gayat harap anda boleh kentalkan sikit jiwa tu sebab sebelum sampai di puncak Gunung Datuk, anda dikehendaki memanjat bebarapa tangga yang diikat pada batu. Bagi ZOP rugilah kalau perasaan gayat tu membantutkan perjalanan anda untuk ke puncak Gunung Datuk kerana permandangan yang indah hanya boleh dinikmati selepas anda mengharungi tangga-tangga tersebut. (hehe..)

ZakersOnPace di Puncak Gunung Datuk

Paling best sekali adalah melihat kadar kalori yang dibakar dalam aktiviti kali ni iaitu sekitar 2491kcal (diukur menggunakan jam Suunto Spartan Ultra). Dan kalau balik tu boleh la makan sedap-sedap sikit (hehe..). Jadi ini sahajalah perkongsian ZOP kali ni. Kalau rasanya info dari ZOP memuaskan hati anda jgn lupa untuk share entri ni dan subscribe Youtube Channel ZakersOnPace okay! Entri seterusnya ZOP akan ke BUKIT KUTU!

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : Zakers On Pace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace

Bukit Batu Putih, Port Dickson - ZakersOnPace

Bosan dengan aktiviti dalam gym dan berjogging ditempat yang sama untuk kuruskan badan dan sihat? kali ni ZOP akan berkongsi kaedah lain yang lebih menyeronokkan. Antara aktiviti yang boleh membakar kalori dengan cepat ialah dengan mendaki (Hiking) bukit ataupun gunung. Baru-baru ni ZOP sempat mendaki Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson. Bukit ni memang sesuai untuk sesiapa yang baru hendak mencuba aktiviti mendaki sebab tak susah pun. (hehe..)

Video Penuh Bukit Batu Putih Di Bawah
Puncak Bukit Batu Putih, Port Dickson

Untuk ke Bukit Batu Putih ni senang je, waze sahaja "Hutan Rekreasi Tanjung Tuan". Bila korang nampak je Ilham Resort, Port Dickson tu dah sampailah maknanya. Jangan lupa sedia RM 1 (seringgit) sebagai yuran masuk okay. Perjalanan sampai ke puncak lebih kurang 30-40 minit, bermula dengan mendaki di atas jalan tar kemudian separuh lagi laluan denai yang mudah dan akhir sekali kena panjat batu-batu untuk sampai ke puncak. (jangan risau, tali ada disediakan)


*Tips Pilihan: Apakah Itu Diet Sihat

Sebaik sahaja anda tiba di puncak, secara automatik penat anda mendaki akan hilang apabila melihat keindahan lautan dari puncak Bukit Batu Putih dengan ketinggian sekitar 300 meter. Selain itu, aktiviti paling best ZOP pada hari tersebut ialah kami dapat bergambar dengan ular semasa di puncak. Walaupun geli tengok ular, tapi terpaksa juga buat-buat berani sebab nak ambil gambar punya pasal. (hehe..)

Sempat Bergambar Dengan Ular

Oleh kerana tempoh pendakian tidak terlalu lama, ZOP sempat juga untuk berjalan-jalan sekitar Port Dickson seperti Pantai Teluk Kemang. Kemudian lepas dah main air laut dan cuci mata (hehe..) perut pulak terasa lapar dan restoran pilihan ZOP masa tu ialah Cowboy Place, tempat paling banyak orang buat review sebagai tempat wajib singgah di Port Dickson.

Singgah Makan di Cowboy Place

Okay itu saja perkongsian ZOP dalam entri kali ni dan ini adalah episode pertama pendakian yang ZOP lakukan, sebab tu kami cari tempat mudah dahulu (hehe..) Lepas ni ZOP akan mendaki lebih banyak lagi bukit dan gunung yang menarik untuk dikongsi bersama anda.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : Zakers On Pace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace

23 Jul 2016

Zakers On Pace Mulakan Fasa Kedua

Pertama sekali ZOP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong ZOP kerana dalam masa 1 bulan ZOP telah mendapat lebih dari 10,000 pembaca yang sudi singgah di blog ini untuk berkongsi dan bertukar pendapat tentang kesihatan dan kecergasan.

Saksikan Teaser ZakersOnPace.com di bawah

Bermula dengan kesedaran peribadi ZOP untuk menjaga kesihatan dan kecergasan, akhirnya ZOP sedar bahawa untuk kekal sihat dan cergas lebih sukar daripada ingin memulakannya. Berapa lama antara kita yang boleh kekal bersemangat? paling lama 1 bulan, 1 minggu atau 1 hari? sudah berkali-kali terjadi pada ZOP. (hehe..) Masalah utamanya adalah motivasi diri dan kerana itulah terbitnya idea "Zakers On Pace".


Zakers On Pace mulakan fasa kedua lebih cepat dari apa yang ZOP rancang sebelum ini kerana sokongan dari anda semua. Tujuan fasa kedua ini dilancarkan untuk memberi motivasi dan memudahkan lagi medium penyebaran kesedaran tentang kesihatan dan kecergasan dalam bentuk video berkonsep santai kearah gaya hidup sihat.

Ini adalah perjalanan ZOP "from zero to hero" iaitu akan bermula dari paling asas hingga dapat menjadikan gaya hidup sihat sebagai sebahagian cara hidup yang boleh membantu anda menambahkan motivasi diri untuk kekal sihat dan cergas. Jadi ikuti pengembaraan ZOP mencari info, tips dan panduan yang berguna daripada... (jeng.. jeng.. jeng..) haa! kalau hendak tahu kenalah like, follow and subscribe media social ZOP okay. Mungkin orang yang muncul dalam video ZOP terdiri daripada golongan pengamal kesihatan, selebriti atau mungkin artis? (hehe..)

So tungguuuuu..

Kredit videographer : TheGreatAli

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : Zakers On Pace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : Zakers On Pace

19 Jul 2016

Habit Orang Berjaya Yang Perlu Anda Ada

Kini bukan satu lagi rahsia apabila banyak kajian sudah membuktikannya, cuma kita selalu terlepas pandang kerana kita tidak tahu apa logik sesuatu perkara itu. Jadi entri kali ini ZOP nak berkongsi satu Habit Orang Berjaya Yang Anda Patut Ada.

Habit Orang Berjaya Yang Perlu Anda Ada

Seperti yang kita semua tahu orang yang berjaya selalunya seorang yang kuat bekerja, disiplin yang tinggi, sentiasa fokus dalam semua perbuatan, bertenaga, berkeyakinan tinggi dan banyak lagi lah. (malas pulak nak taip panjang-panjang hehe..) Tahukah anda? semua yang ZOP sebut tadi bermula dengan satu habit atau cara hidup iaitu sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan.

KELEBIHAN MENJAGA KESIHATAN DAN KECERGASAN

• Meningkatkan Keyakinan

Keyakinan akan muncul dengan sendiri bila tubuh badan anda sihat dan susuk tubuh yang diingini tercapai. Bayangkan betapa yakinnya anda berhadapan dengan client dan yang paling penting, client pun yakin dengan kita bila kita sentiasa kekal bertenaga dan cergas. (orang yakinlah kita ni rajin bukan pemalas hehe..)

• Meningkatkan Tumpuan Dan Fokus

Senaman akan membantu untuk meningkatkan tumpuan dan fokus untuk tempoh yang lebih lama. Kebanyakan orang merasakan bahawa senaman dapat meningkatkan tenaga mereka sepanjang hari, dan kemungkinan besar juga jika tidak bersenam, mereka lebih cenderung kepada gaya kerja yang lebih lesu. (jangan sampai jadi macam zombie sudah hehe..)

• Kekal Positif

Secara amnya tubuh yang sihat dan cergas membuatkan anda berasa lebih baik dan mempunyai pandangan yang lebih positif. Perkara ini sangat penting apabila terpaksa berhadapan dengan masa yang sukar di tempat kerja ataupun dimana jua anda sedang berjuang untuk mencari sesuap nasi (gituhh..) dan mempunyai pandangan yang positif juga boleh menjadi faktor penentu sama ada anda akan terus berjuang atau menyerah. Sedar atau tidak orang yang berjaya selalunya ada kisah gagal mereka sendiri? tapi kenapa mereka berjaya? kerana tidak mudah berputus asa.

Tidak Salah Mencuba Sesuatu Yang Baik

• Boleh Menghilangkan Stress

Pasal stress ni memang ZOP suka sangat sebut, siapa baca artikel ZOP yang sebelum-sebelum ini boleh perasan kan? (hehe..) Sebenarnya stress ni punca kita tidak boleh berfikir dengan waras, jadi alangkah ruginya otak yang bijak kita ini terbatas hanya disebabkan stress. Jadi salah satu cara untuk menghilangkan stress adalah dengan bersenam kerana ia boleh meningkatkan endorfin anda.

• Kurang Mengambil Cuti Sakit

Untuk kekal sihat dan cergas secara keseluruhan, semestinya anda akan lebih cenderung untuk memilih makanan yang sihat. Ini secara tidak langsung dapat menurunkan tekanan darah, paras kolesterol terkawal, memperbaiki sistem imun dan secara tidak langsung akan mengurangkan peluang anda untuk jatuh sakit.

• Menajamkan Pemikiran

Adakah anda pernah di dalam mesyuarat yang panjang di mana anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian atau menyumbangkan idea yang hebat? Ini kerana anda memerlukan tenaga mental dan tenaga fizikal yang tinggi. Jadi jelas menunjukkan anda memang perlu bersenam untuk membantu meningkatkan kedua-duanya.

Yang Penting Terus Mencuba

Haa.. Jadi apa tunggu lagi? anda hanya perlu luangkan 3-4 sesi seminggu, 30-45 minit untuk setiap sesi untuk anda sendiri mengalami kelebihan menjaga kesihatan dan kecergasan. Dengan menggabungkan latihan kekuatan dan senaman kardiovaskular serta mengamalkan pemakanan yang sihat, anda setapak lagi kehadapan untuk sebaris dengan orang yang berjaya.

Cuba jadikan gaya hidup sihat sebagai perkara wajib dalam kehidupan seharian kita okay. Seperti biasa sebarang komen untuk penambahbaikkan amatlah dialu-alukan dan pada entri yang seterusnya ZOP berkongsi lagi tips untuk kekal sihat dan cergas.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini


16 Jul 2016

Cara Meningkatkan Metabolisme Hanya Dengan Makan

Mungkin anda tidak perlu menjadi seorang ahli sains untuk mengetahui bahawa metabolisme semakin perlahan ketika umur semakin meningkat. Jadi pada entri kali ini, ZOP akan kongsikan tentang makanan yang boleh membantu meningkatkan metabolisme badan. (maklumlah umur semakin meningkat hehe..) Selain daripada meningkatkan metabolisme, dengan cara ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik, mendapat lebih tenaga, berasa lebih yakin dan pakaian anda juga akan longgar dalam masa 2 minggu. (wow! hehe..)

Meningkatkan Metabolisme Dengan Makan

CARA MENINGKATKAN METABOLISME HANYA DENGAN MAKAN

1. Makan Secukupnya
Anda perlu mengurangkan kalori untuk menurunkan berat badan. Tetapi kalori terlalu rendah juga boleh memberi kesan kepada metabolisme anda. Apabila anda makan kurang daripada yang diperlukan oleh badan untuk fungsi asas biologi, badan akan mempelahankan metabolisme anda. (diet bukan sampai tak makan langsung okay)

2. Minum Kopi Atau Teh
Kafein adalah pusat perangsang sistem saraf, pengambilan setiap hari boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 8% bersamaan 98 - 174 kalori sehari. Secawan teh pula boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 12%. Menurut satu kajian dari Jepun, penyelidik percaya bahawa kandungan antioksidan dalam teh boleh meningkatkan metabolisme.

3. Pengambilan Serat
Kajian menunjukkan bahawa sesetengah serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30%. Amalkan pengambilan kira-kira 25 g sehari iaitu bersamaan kira-kira tiga hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Minum Banyak Air Kosong
Penyelidik Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari boleh meningkatkan metabolisme kira-kira 50 kalori setiap hari. Pembakaran ini terjadi apabila badan anda bekerja untuk menukar air sejuk mengikut suhu badan anda.

5. Sentiasa Mengambil Protein
Badan anda memerlukan protein untuk mengekalkan otot tanpa lemak. Amalkan pengambilan protein seperti 3 aun daging tanpa lemak, 2 sudu besar kacang, atau 8 aun yogurt rendah lemak dalam setiap hidangan dan snek anda. Kajian menunjukkan bahawa protein boleh membakar kalori sebanyak 35%.

6. Mengambil Makanan Mengandungi Vitamin D
Vitamin ini adalah penting untuk meningkatkan metabolisme. Malangnya, kajian menunjukan kebanyakkan dari kita kurang mengambil vitamin D secukupnya melalui diet seharian. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin D adalah salmon, tuna, udang, tauhu dan telur.

7. Minum Susu
Beberapa kajian membuktikan bahawa kekurangan kalsium boleh melambatkan metabolisme. Pengambilan kalsium melalui makanan tenusu seperti susu bebas lemak dan yogurt rendah lemak juga boleh mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.

• Tips Ringkas Meningkatkan Metabolisme •
Senaman jelas sekali sangat penting, tetapi aktiviti harian biasa kita yang dikenali sebagai "NEAT" (Non Exercise Activity Thermogenesis) juga adalah sama penting untuk metabolisme yang sihat. Pergerakan kecil seperti regangan kaki anda, mendaki tangga, berdiri untuk bercakap telefon (senang cerita jangan malas hendak bergerak) boleh membantu pembakaran kalori tambahan sehingga kira-kira sekitar 350 kalori setiap hari.

Sayangi Diri Anda

Ada beberapa lagi cara untuk meningkatkan metabolisme hanya dengan makan tetapi ZOP kongsikan sikit-sikit mana yang senang hendak dipraktikkan dahulu, nanti banyak sangat nak baca pun malas. (hehe..) Seperti biasa sebarang komen untuk penambahbaikkan amatlah dialu-alukan dan pada entri yang seterusnya ZOP akan sambung lagi okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini