25 Feb 2013

Filem Misteri Bisikan Pontianak

Tags

Syukur kepada Allah sekali lagi yang tidak terhingga kerana Zakri dapat melangkah setapak lagi kehadapan apabila dapat beraksi didalam filem dan memegang watak sebagai "Geena/Iskandar" dalam filem "Misteri Bisikan Pontianak" dibawah arahan M.Subash dan diterbitkan oleh Genius Parade Sdn. Bhd.

 Zakri Rozaini memegang watak "Geena"
Zakri Rozaini memegang watak "Geena"
Kali ini Zakri diberikan tugas yang sangat berat kerana Zakri telah diberikan watak "maknyah" dimana watak ini memang memerlukan fokus yang lebih kerana watak ini sangat lain dari perwatakkan Zakri yang sebenar sehinggakan Zakri terpaksa mendekati dan meminta tunjuk ajar dari golongan tersebut sehinggakan Zakri sanggup belajar untuk memakai kasut tumit tinggi untuk mendapatkan perwatakan sebenar sebagai "maknyah".

Zakri Rozaini @ Geena diganggu di set.
Zakri Rozaini @ Geena diganggu di set.
Bila berkata tentang risiko, Zakri memang mengakui yang Zakri mengambil risiko yang sangat besar kerana mengambil watak yang sedemikian kerana takut akan mendatangkan kesalahfahaman dari sesetengah pihak, tapi bagi Zakri, untuk menyerlah diantara ramai lagi pelakon baru yang sedang menempa nama didalam industri, Zakri terpakse menunjukkan kepelbagaian watak yang boleh Zakri bawa dan watak yang berbeza supaya keberadaan Zakri didalam industri akan diketahui.

Maaf kerana Zakri tak dapat untuk post banyak gambar untuk filem ini kerana filem ini bakal menemui penonton pada pertengahan tahun 2013, Zakri berharap filem ini mendapat tindakbalas positive dari semua penonton dan dapat membawa nama Zakri ke suatu tahap yang baru, Amin.. :)

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

5 comments

lakonan yg sngt best... ingtkan yg berlakon tu betul2 maknyah!

terima kasih.. maaf baru reply sebab baru bukak blog ni balik.. hehehe..

filem dah lama ni.. tahun 2013.. hehe..


EmoticonEmoticon