22 Jun 2016

Apakah Itu Diet Sihat

Seperti yang ZOP janjikan dalam entri “ 7 Cara Asas Untuk Kurus Yang Sering Terlepas Pandang ” sebelum ini adalah untuk mengupas sedikit tentang makanan. Makan adalah salah satu nikmat dalam kehidupan kita. Dengan menikmati pelbagai jenis makanan yang ada dalam piramid makanan anda akan menyerap nutrisi dan keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan kita seharian.

Dengan memilih makanan dan membentuk diet yang seimbang, anda boleh mengelakkan atau mengurangkan kebarangkalian terkena pelbagai jenis penyakit dan melambatkan kesan penuaan. (ini yang ZOP suka hehe..) Pengambilan diet yang seimbang dan sentiasa menjaga kecergasan badan akan memberikan banyak manfaat untuk membantu anda dalam mengekalkan berat badan yang ideal dan mengurangkan risiko masalah kesihatan yang biasa contohnya, kencing manis, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, beberapa jenis kanser, batu karang. Ianya juga dapat meningkatkan sistem imun dan membantu untuk melawan penyakit dan membantu untuk menghadapi stress.

Carta Piramid Makanan

ZOP menyarankan kita mula menggunakan carta piramid makanan untuk membantu anda dalam membuat pilihan makanan. Ingat, kepelbagaian itu adalah penting.

Makanan yang paling digalakkan untuk diambil adalah makanan yang berada dibahagian bawah piramid makanan iaitu kandungannya yang rendah lemak, tinggi serat dan yang terbaik untuk memenuhi perut anda. Makanan dalam kumpulan ini ialah bijirin, gandum, oat, beras, barli, rai, jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan tenaga, serat, mineral, vitamin dan fitokimia. Kekacang seperti kacang panggang, kacang merah, kacang berpecah (split peas), kacang buah pinggang (kidney beans) dan kacang kuda menyumbang kepada protein dan zat besi. Walaupun zat besi dari kumpulan ini tidak seperti zat besi yang terkadung dalam daging merah, tetapi ini boleh diperbaiki dengan mengambil makanan yang mengandungi asid askorbik (vitamin C).

Pilih dengan bijak makanan daripada kumpulan 'Makan Secara Sederhana' kerana makanan dalam kumpulan ini kaya dengan protein dan pelbagai vitamin serta mineral. Susu, keju dan yogurt adalah sumber kalsium yang sangat baik. Daging, ayam, ikan dan telur pula adalah sumber protein yang baik, zat besi dan juga vitamin. kebanyakkan makanan dalam kumpulan ini adalah tinggi dalam lemak. Kumpulan makanan ini kaya dengan gula, lemak, dan garam. Untuk mengamalkan diet yang seimbang ZOP menyarankan pengambilannya dalam jumlah yang kecil kerana jika mengambil dalam kuantiti yang banyak atau kerap boleh menjejaskan kualiti kesihatan kita.

Berapa Banyak Anda Perlu Makan Setiap Hari?
Terdapat pelbagai saiz hidangan. Berikut adalah panduan saiz hidangan yang ZOP disyorkan setiap hari.

Berapa Banyak Yang Perlu Makan Setiap Hari?

Roti, Bijirin dan Pasta
Saiz Hidangan : roti 1 keping atau 1/2 cawan bijirin dimasak atau dalam pek sedia untuk dimakan
Disarankan sehari : 5 hidangan

Sayur-Sayuran
Saiz Hidangan : 1/2 cawan sayur-sayuran yang telah dimasak, 1 kentang kecil atau 1 cawan salad
Disarankan sehari : 5 hidangan

Buah-Buahan
Saiz Hidangan : 1 keping buah-buahan, 1 cawan buah-buahan yang dimasak atau dalam tin atau 1/2 cawan jus buah-buahan (kurangkan pengambilan jus buah)
Disarankan sehari : 2 hidangan

Daging, Ikan, Ayam, dan Telur
Saiz Hidangan : 70-100g daging yang telah dimasak, 2 biji telur kecil, 1/3 cawan kekacang
Disarankan sehari : 1 hidangan

Susu, Yogurt dan Keju
Saiz Hidangan : 1 cawan susu (250 ml), 2 keping (40 g) keju, atau 200 g yogurt
Disarankan sehari : 2 hidangan

Diet Sihat

Semua makanan di bahagian atas piramid makanan perlu di had pengambilannya. Lemak tak tepu seperti yang terdapat dalam kebanyakkan marjerin apabila dimasukkan ke dalam pelan pemakanan yang rendah lemak, ianya boleh memberikan manfaat. Manakala lemak tepu pula boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan perlu dielakkan pengambilannya atau dimakan dalam jumlah yang kecil sahaja.

Untuk mendapatkan vitamin dan mineral untuk tubuh, anda perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang dipilih dari dua bahagian bawah piramid makanan. Jika anda fikir anda memerlukan makanan tambahan (supplement), ZOP menyarankan untuk anda berbincang dengan doktor ataupun pakar diet terlebih dahulu, kerana takut memudaratkan diri sendiri jika terlebih pengambilan sesuatu untuk badan kita.

Sarapan pula adalah hidangan paling penting. Sarapan telah terbukti membantu mengawal dan juga mengurangkan berat badan. Boleh rujuk entri “Badan Naik Semasa Bulan Puasa? Macam Mana Nak Kurus?” untuk mengetahui kepentingan sahur atau sarapan.

Anda Pilihlah Sendiri

Ingat! kurangkan lemak, gula dan garam dalam makanan anda kalau mahu kekal cergas dan sihat. Jangan lupa pula tambahkan manis dalam senyuman. (gituuuuh hehe..) Jadi rasanya itu sahajalah perkongsian ZOP pada kali entri ini. Segala komen penambahbaikkan amatlah ZOP alu-alukan untuk perkongsian kita bersama.

Tambahkan Manis Dalam Senyuman

Tapi sebenarnya ZOP banyak lagi nak tambah dalam entri kali ini cuma bila difikirkan masak-masak lebih baik ZOP tambah dalam entri seterusnya nanti ya.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

4 comments

Info yg mnarik..zop bleh bg Tips cara mkn pg,ptg dan mlm..utk diet..

hi Jie Susanos.. tips tu memang ZOP akan kongsikan dalam entri yang akan datang.. kalau boleh rajin-rajinlah singgah kesini.. hehe..

Rasa insaf plak bila baca tentang diet sihat ni..nak2 lagi bulan puasa ni keje melantak jer tgh malam ni. eh dah pagi.. nak kena bersahur.. hahaa.. apa2 pun all the best ZOP. nnt singgah blog akk yg tak seberapa tu plak yer.. hehheee..

hehe.. lepas ni saya cuba fokus pada senaman plak.. diet ni intro untuk ZOP je dulu.. tq for your support kak cahaya diana.. :)


EmoticonEmoticon