12 Jul 2016

6 Cara Mudah Membakar Kalori Pada Siang Hari

Seminggu dah raya dan rasanya masih belum terlambat ZOP nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yang membaca entri ZOP kali ini. Rasanya kebanyakan orang sudah mood bekerja balik kan? ZOP nak tanya satu soalan cepumas ni, dekat pejabat atau tempat anda bekerja ramai tak yang mengadu berat badan naik? (hehe..) maklumlah makanan semuanya sedap waktu raya ni, tambahan pula kalau yang jenis setahun sekali sahaja balik kampung untuk rasa masakan ibu, memang tak boleh berhenti makanlah jawabnya.

6 Cara Mudah Membakar Kalori Pada Siang Hari

Entri kali ni ZOP nak berkongsi 6 cara mudah untuk membakar lebih kalori pada waktu siang, ZOP faham sebulan berpuasa memang majoriti orang akan tinggalkan senaman atas sebab-sebab tertentu, jadi nak pupuk balik rutin gaya hidup sihat kita kena mula perlahan-perlahan balik. Jadi apa kata anda cuba beberapa tips yang ada pada perkongsian kali ini.

Jangan Banyak Alasan, Jom Buat!

6 CARA MUDAH MEMBAKAR KALORI PADA SIANG HARI

1. Mengeluarkan Peluh Di Awal Pagi
Luangkan sedikit masa anda sebelum bersiap untuk pergi ke tempat kerja dengan membuat aktiviti senaman seperti Jumping Jacks atau Squats. Ianya bukan sahaja dapat meningkatkan metabolism anda tetapi ia juga boleh membuatkan anda rasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

2. Tingkatkan Tahap Kesejukan Suhu Penyaman Udara Anda
Suhu sejuk yang tinggi dapat membantu tubuh anda bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu tubuh anda.

3. Duduk Di Atas Lantai
Duduk di atas lantai jika anda ingin menonton televisyen dan sebagainya kerana ia akan memaksa otot anda bekerja lebih keras setiap kali anda hendak berdiri.

4. Buat Reminder Dalam Phone Anda
Programkan phone untuk mengingatkan anda setiap 30 minit untuk sekurang-kurangnya bangun dan bergerak dari tempat duduk anda.

5. Sentiasa Tambah 5
Tambah sekurang-kurangnya 5 minit lagi setiap kali di akhir anda berjalan atau berjogging untuk membakar lebih kalori.

6. Angkat Berat
Semakin banyak otot yang anda gunakan lagi banyak kalori yang dapat dibakar

Haa mudahkan? mula dengan tips mudah dahulu, bila badan sudah biasa, naikkan rutin anda untuk aktiviti yang lebih mencabar tubuh anda. Yang penting jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah. (hehe..)

Burn Calories, Not Cash

Jadi itu sahaja perkongsian ZOP pada entri kali ini, harap dapat membantu anda dan kalau ianya berguna untuk anda jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan anda. Sebarang komen untuk penambahbaikkan amat dialukan kerana kebanyakkan entri ZOP adalah dari pengalaman, perkongsian daripada sahabat ZOP dan artikel-artikel kesihatan. Banyak lagi tips, info dan perkongsian yang ZOP akan tulis tapi dalam entri seterusnya okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

5 comments


EmoticonEmoticon