16 Jul 2016

Cara Meningkatkan Metabolisme Hanya Dengan Makan

Mungkin anda tidak perlu menjadi seorang ahli sains untuk mengetahui bahawa metabolisme semakin perlahan ketika umur semakin meningkat. Jadi pada entri kali ini, ZOP akan kongsikan tentang makanan yang boleh membantu meningkatkan metabolisme badan. (maklumlah umur semakin meningkat hehe..) Selain daripada meningkatkan metabolisme, dengan cara ini juga dapat membantu anda tidur dengan lebih baik, mendapat lebih tenaga, berasa lebih yakin dan pakaian anda juga akan longgar dalam masa 2 minggu. (wow! hehe..)

Meningkatkan Metabolisme Dengan Makan

CARA MENINGKATKAN METABOLISME HANYA DENGAN MAKAN

1. Makan Secukupnya
Anda perlu mengurangkan kalori untuk menurunkan berat badan. Tetapi kalori terlalu rendah juga boleh memberi kesan kepada metabolisme anda. Apabila anda makan kurang daripada yang diperlukan oleh badan untuk fungsi asas biologi, badan akan mempelahankan metabolisme anda. (diet bukan sampai tak makan langsung okay)

2. Minum Kopi Atau Teh
Kafein adalah pusat perangsang sistem saraf, pengambilan setiap hari boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 8% bersamaan 98 - 174 kalori sehari. Secawan teh pula boleh meningkatkan metabolisme anda sehingga 12%. Menurut satu kajian dari Jepun, penyelidik percaya bahawa kandungan antioksidan dalam teh boleh meningkatkan metabolisme.

3. Pengambilan Serat
Kajian menunjukkan bahawa sesetengah serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30%. Amalkan pengambilan kira-kira 25 g sehari iaitu bersamaan kira-kira tiga hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran.

4. Minum Banyak Air Kosong
Penyelidik Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari boleh meningkatkan metabolisme kira-kira 50 kalori setiap hari. Pembakaran ini terjadi apabila badan anda bekerja untuk menukar air sejuk mengikut suhu badan anda.

5. Sentiasa Mengambil Protein
Badan anda memerlukan protein untuk mengekalkan otot tanpa lemak. Amalkan pengambilan protein seperti 3 aun daging tanpa lemak, 2 sudu besar kacang, atau 8 aun yogurt rendah lemak dalam setiap hidangan dan snek anda. Kajian menunjukkan bahawa protein boleh membakar kalori sebanyak 35%.

6. Mengambil Makanan Mengandungi Vitamin D
Vitamin ini adalah penting untuk meningkatkan metabolisme. Malangnya, kajian menunjukan kebanyakkan dari kita kurang mengambil vitamin D secukupnya melalui diet seharian. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin D adalah salmon, tuna, udang, tauhu dan telur.

7. Minum Susu
Beberapa kajian membuktikan bahawa kekurangan kalsium boleh melambatkan metabolisme. Pengambilan kalsium melalui makanan tenusu seperti susu bebas lemak dan yogurt rendah lemak juga boleh mengurangkan penyerapan lemak daripada makanan lain.

• Tips Ringkas Meningkatkan Metabolisme •
Senaman jelas sekali sangat penting, tetapi aktiviti harian biasa kita yang dikenali sebagai "NEAT" (Non Exercise Activity Thermogenesis) juga adalah sama penting untuk metabolisme yang sihat. Pergerakan kecil seperti regangan kaki anda, mendaki tangga, berdiri untuk bercakap telefon (senang cerita jangan malas hendak bergerak) boleh membantu pembakaran kalori tambahan sehingga kira-kira sekitar 350 kalori setiap hari.

Sayangi Diri Anda

Ada beberapa lagi cara untuk meningkatkan metabolisme hanya dengan makan tetapi ZOP kongsikan sikit-sikit mana yang senang hendak dipraktikkan dahulu, nanti banyak sangat nak baca pun malas. (hehe..) Seperti biasa sebarang komen untuk penambahbaikkan amatlah dialu-alukan dan pada entri yang seterusnya ZOP akan sambung lagi okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini


" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

4 comments

tapi saya tak boleh minum susu nanti muntah, camne ni? selain susu takde ke? hahaha

selain susu ada beberapa lagi sumber makanan yang berkalsium tinggi yang boleh menggantikan susu seperti keju, yoghurt, lobak, brokoli, ikan sardin, ikan salmon dan beberapa lagi.. bolehlah cuba nanti yea.. :)


EmoticonEmoticon