19 Jul 2016

Habit Orang Berjaya Yang Perlu Anda Ada

Kini bukan satu lagi rahsia apabila banyak kajian sudah membuktikannya, cuma kita selalu terlepas pandang kerana kita tidak tahu apa logik sesuatu perkara itu. Jadi entri kali ini ZOP nak berkongsi satu Habit Orang Berjaya Yang Anda Patut Ada.

Habit Orang Berjaya Yang Perlu Anda Ada

Seperti yang kita semua tahu orang yang berjaya selalunya seorang yang kuat bekerja, disiplin yang tinggi, sentiasa fokus dalam semua perbuatan, bertenaga, berkeyakinan tinggi dan banyak lagi lah. (malas pulak nak taip panjang-panjang hehe..) Tahukah anda? semua yang ZOP sebut tadi bermula dengan satu habit atau cara hidup iaitu sentiasa menjaga kesihatan dan kecergasan.

KELEBIHAN MENJAGA KESIHATAN DAN KECERGASAN

• Meningkatkan Keyakinan

Keyakinan akan muncul dengan sendiri bila tubuh badan anda sihat dan susuk tubuh yang diingini tercapai. Bayangkan betapa yakinnya anda berhadapan dengan client dan yang paling penting, client pun yakin dengan kita bila kita sentiasa kekal bertenaga dan cergas. (orang yakinlah kita ni rajin bukan pemalas hehe..)

• Meningkatkan Tumpuan Dan Fokus

Senaman akan membantu untuk meningkatkan tumpuan dan fokus untuk tempoh yang lebih lama. Kebanyakan orang merasakan bahawa senaman dapat meningkatkan tenaga mereka sepanjang hari, dan kemungkinan besar juga jika tidak bersenam, mereka lebih cenderung kepada gaya kerja yang lebih lesu. (jangan sampai jadi macam zombie sudah hehe..)

• Kekal Positif

Secara amnya tubuh yang sihat dan cergas membuatkan anda berasa lebih baik dan mempunyai pandangan yang lebih positif. Perkara ini sangat penting apabila terpaksa berhadapan dengan masa yang sukar di tempat kerja ataupun dimana jua anda sedang berjuang untuk mencari sesuap nasi (gituhh..) dan mempunyai pandangan yang positif juga boleh menjadi faktor penentu sama ada anda akan terus berjuang atau menyerah. Sedar atau tidak orang yang berjaya selalunya ada kisah gagal mereka sendiri? tapi kenapa mereka berjaya? kerana tidak mudah berputus asa.

Tidak Salah Mencuba Sesuatu Yang Baik

• Boleh Menghilangkan Stress

Pasal stress ni memang ZOP suka sangat sebut, siapa baca artikel ZOP yang sebelum-sebelum ini boleh perasan kan? (hehe..) Sebenarnya stress ni punca kita tidak boleh berfikir dengan waras, jadi alangkah ruginya otak yang bijak kita ini terbatas hanya disebabkan stress. Jadi salah satu cara untuk menghilangkan stress adalah dengan bersenam kerana ia boleh meningkatkan endorfin anda.

• Kurang Mengambil Cuti Sakit

Untuk kekal sihat dan cergas secara keseluruhan, semestinya anda akan lebih cenderung untuk memilih makanan yang sihat. Ini secara tidak langsung dapat menurunkan tekanan darah, paras kolesterol terkawal, memperbaiki sistem imun dan secara tidak langsung akan mengurangkan peluang anda untuk jatuh sakit.

• Menajamkan Pemikiran

Adakah anda pernah di dalam mesyuarat yang panjang di mana anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian atau menyumbangkan idea yang hebat? Ini kerana anda memerlukan tenaga mental dan tenaga fizikal yang tinggi. Jadi jelas menunjukkan anda memang perlu bersenam untuk membantu meningkatkan kedua-duanya.

Yang Penting Terus Mencuba

Haa.. Jadi apa tunggu lagi? anda hanya perlu luangkan 3-4 sesi seminggu, 30-45 minit untuk setiap sesi untuk anda sendiri mengalami kelebihan menjaga kesihatan dan kecergasan. Dengan menggabungkan latihan kekuatan dan senaman kardiovaskular serta mengamalkan pemakanan yang sihat, anda setapak lagi kehadapan untuk sebaris dengan orang yang berjaya.

Cuba jadikan gaya hidup sihat sebagai perkara wajib dalam kehidupan seharian kita okay. Seperti biasa sebarang komen untuk penambahbaikkan amatlah dialu-alukan dan pada entri yang seterusnya ZOP berkongsi lagi tips untuk kekal sihat dan cergas.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini


" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

2 comments

kadang saya stress sy tak bersenam tapi ubatnya adalah tido zzZZZ

tidur pun penting juga dan salah satu cara mengurangkan stress.. tapi jangan sampai terlebih pula.. takut nanti badan malas hendak bergerak.. hehe..


EmoticonEmoticon