3 Jul 2016

Iftar di Kantan Hotplate Bersama Hai Blogger

Asyik cerita pasal diet dan fitness sahaja pun bosan jugakan. Haa ni ZOP nak kongsi sikit dengan korang tempat makan yang sedap dan menarik iaitu Kantan Hotplate di Kajang. Baru-baru ini Hai Blogger! menganjurkan majlis buka puasa untuk tahun ke-3 mereka yang ditaja oleh Kantan Hotplate, jadi sempat jugalah ZOP menghadiri majlis tersebut dan yang istimewanya ZOP dapat berkenalan dengan otai-otai blogger maklumlah, ZOP kan baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. (hehe..)

Kantan Hotplate

Apa yang menariknya di Kantan Hotplate ini ialah kerana telah membawa konsep "Westasia". (Haa apa pulak tu kan?) sebenarnya mereka menggabungkan konsep "western" dan "asia". (kreatifkan?) Hendak tahu kenapa kreatif? mana tidaknya, tuan restoran Kantan Hotplate ni dahulu orang seni juga iaitu Amir penyanyi kumpulan Pearl yang popular dengan lagu "Aku Tak Bersalah", siapa kaki karaoke mesti tahu lagu ni. (hehe..) Okay cukup dengan intro restoran ni, ZOP hendak kongsi pasal makanan yang ada dekat Kantan Hotplate ini.

Nasi Goreng Kambing & Salmon Soup
Ikan Bakar Kembong Hotplate
Grilled Lamb
Kopi Senyum
Menu Kantan Hotplate Dari Pandangan ZOP

(Haa terliur tak?) Sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar menu makanan yang ada di atas meja ZOP tapi rasanya tidak puas kalau sekadar kongsi gambar, sebab pada hari tersebut Hai Blogger! sempat membuat rakaman di Kantan Hotplate. Apa lagi ZOP pun nak kongsilah dengan anda. (hehe..)


Terbaiklah makanan yang disediakan di Kantan Hotplate ni, cuma ZOP tidak dapat kongsi semua menu yang ada sebab memang banyak pilihan dekat sini, kalau pesan semua rasanya makan hari jugalah hendak habiskan. (hehe.. over tau..) Untung ZOP kali ini kerana dapat makan tempat yang sedap dan dikelilingi oleh blogger-blogger yang peramah dari Hai Blogger! memang terserlah kemeriahan berbuka puasa tu.

Si kecil manis Zira (iuzira.com)
Halim (baju biru) & Abang Amir Pearl (baju merah)
Owner Produk Kecantikan Pun Ada
Persekitaran Restoran Yang Bersih Dan Selesa
Day & Night Cookies by Priceless Touch

Haa! Puas ke sekadar anda tengok gambar dan video dekat atas tu? Bagi ZOP anda tidak akan berpuas hati kalau tidak datang untuk mencuba sendiri kerana rasanya betul-betul memuaskan hati, bayangkan ZOP ni yang semangat jaga diet pun tewas. (cheat day bukan selalu hehe..) Bukan sekadar rasanya yang sedap, harga dia pun sangat berpatutan. (itu yang pentingkan hehe..) Jadi jangan buang masa, terus singgah sendiri di Kantan Hotplate dekat Kajang okay.

KANTAN HOTPLATE

Lot 13595, Jalan Sungai Kantan, 
43000 Kajang, Selangor 

No. Tel: 011-20002211 

Waktu Operasi: 
Setiap hari
6.00pm-12.00am 

Facebook: Kantan Hotplate
Instagram: @kantanhotplate

ZOP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hai Blogger!, Kantan HotplateDay & Night Cookies by Priceless Touch (instagram: @pricelesstouch) dan semua yang ada pada hari tersebut seperti iuzira.com, halimbrothers.com, norazaminayob.wordpress.com, ieyra.com, travelogueofnajihah.com, zakwanzen.com dan lain-lain yang sudi menerima kehadiran ZOP.

Kredit Gambar : Norazamin Ayob dan Halim Nadzeri

Eh! makan tu makan juga tapi jangan ingat ZOP terlupa pasal nak jaga badan okay. Lepas makan banyak-banyak masa puasa ni, lagilah ZOP semangat nak bersenam. ZOP akan berkongsi tips lain pula dalam entri yang seterusnya okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Me
Instagram : @iamzakrirozaini
Twitter : @ZakriRozaini
Facebook : Zakri Rozaini

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

4 comments

terlir plak tengok Nasi Goreng Kambing & Salmon Soup

memang menarik pun.. bolehlah cuba nanti

nampak ada kak iuzura tu...tmpt ni jauh gak dari kajang.

budak comel tu mmg mudah dikesan.. hehe..


EmoticonEmoticon