23 Jul 2016

Zakers On Pace Mulakan Fasa Kedua

Pertama sekali ZOP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong ZOP kerana dalam masa 1 bulan ZOP telah mendapat lebih dari 10,000 pembaca yang sudi singgah di blog ini untuk berkongsi dan bertukar pendapat tentang kesihatan dan kecergasan.


Saksikan Teaser ZakersOnPace.com di bawah

Bermula dengan kesedaran peribadi ZOP untuk menjaga kesihatan dan kecergasan, akhirnya ZOP sedar bahawa untuk kekal sihat dan cergas lebih sukar daripada ingin memulakannya. Berapa lama antara kita yang boleh kekal bersemangat? paling lama 1 bulan, 1 minggu atau 1 hari? sudah berkali-kali terjadi pada ZOP. (hehe..) Masalah utamanya adalah motivasi diri dan kerana itulah terbitnya idea "Zakers On Pace".


Zakers On Pace mulakan fasa kedua lebih cepat dari apa yang ZOP rancang sebelum ini kerana sokongan dari anda semua. Tujuan fasa kedua ini dilancarkan untuk memberi motivasi dan memudahkan lagi medium penyebaran kesedaran tentang kesihatan dan kecergasan dalam bentuk video berkonsep santai kearah gaya hidup sihat.

Ini adalah perjalanan ZOP "from zero to hero" iaitu akan bermula dari paling asas hingga dapat menjadikan gaya hidup sihat sebagai sebahagian cara hidup yang boleh membantu anda menambahkan motivasi diri untuk kekal sihat dan cergas. Jadi ikuti pengembaraan ZOP mencari info, tips dan panduan yang berguna daripada... (jeng.. jeng.. jeng..) haa! kalau hendak tahu kenalah like, follow and subscribe media social ZOP okay. Mungkin orang yang muncul dalam video ZOP terdiri daripada golongan pengamal kesihatan, selebriti atau mungkin artis? (hehe..)

So tungguuuuu..

Kredit videographer : TheGreatAli

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : Zakers On Pace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : Zakers On Pace

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

10 comments

bro kalau cepat penat macam mana nak atasi ye

Tahniah ZOP aka Zakri yg mempunyai blog berkaitan kesihatan terutamanya fitness. Pasti ramai yg ingin hidup sihat, cergas, cerdas serta langsing.

Saya doakan ZOP terus maju jaya.

10k sebulan?? Pergh mantaaaappp... Bungkus ikat tepi plzzzz

Menarik sungguh pengisian blog ini..

No lah blog retis tu bagus lah banyak info kesihatan nanti nak kena belajar ni.

Antara cara yang mudah adalah kawalan pernafasan. Untuk Entri yang baru nanti ZOP cuba cover topic tu yea. :)

Terima kasih abg Kamil, terharu sgt :D

Ala.. segan saya otai ckp macam tu.. hehe


EmoticonEmoticon