15 Apr 2017

Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu - Info Asas Pendaki

Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Bharu adalah di antara tempat yang tidak asing lagi bagi penggemar aktiviti hiking untuk membuat latihan. ZOP sendiri pun dah lama mengidam untuk menawan puncak Bukit Kutu dan akhirnya "Mission Accomplished!". Yang menariknya pada pendakian kali ni adalah disebabkan 3 selebriti Malaysia turut serta bersama ZOP iaitu Fizi Ali (penyampai radio Suria FM), Shakilla Khoriri (pelakon popular) dan Naqia Nasution (dari reality show "Pilih Kasih 3").

Video Penuh Bukit Kutu di Bawah
Puncak Bukit Kutu

Walaupun Bukit Kutu diklasifikasikan sebagai bukit, sebenarnya ketinggiannya setaraf dengan kebanyakkan gunung lain di dalam Malaysia iaitu 1053 meter atau 3456 kaki. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 4 jam (terpulang pada stamina individu) dan mendaki sejauh lebih kurang 7 km untuk sampai ke puncak. Jadi lebih baik anda membawa bekal makanan dan minuman yang secukupnya, kalau tidak memang berlaparlah satu hari. (hehe..) Makan lebih sikit pun boleh sebab jumlah kalori yang ZOP bakar pada aktiviti kali ni lebih kurang 4362 kcal (diukur menggunakan jam Suunto Spartan Ultra).


*Tips Pilihan: Cara Meningkatkan Metabolisme Hanya Dengan Makan

Pada permulaan pendakian, anda akan berjumpa dengan dua simpang Y, di mana kedua-duanya anda harus memilih laluan kanan untuk ke Bukit Kutu. Ini kerana laluan yang sama juga anda boleh guna untuk pergi ke Air Terjun Lata Medang jika anda memilih jalan kiri. (gambaran penuh ada di dalam video "Hiking at Bukit Kutu, Kuala Kubu Bharu - ZakersOnPace")

Checkpoint Pertama
Kawasan Banglo Lama British

Selain daripada pemandangan indah 360 darjah di puncak Bukit Kutu, terdapat juga tinggalan sejarah yang dipercayai dari zaman pemerintahan British. Terdapat beberapa struktur bangunan lama yang sudah separuh musnah sekitar 500 meter dari puncak Bukit Kutu. Ini yang menyebabkan pendakian ke Bukit Kutu menjadi lebih menarik dan tidak hairanlah ramai pendaki suka membuat latihan di sini.

Destinasi Terakhir Sebelum Pulang

Disebabkan pendakian mengambil masa yang panjang, ZOP mencadangkan supaya anda mulakan aktiviti anda seawal pagi dan yang paling penting sediakan wang kecil sebanyak RM 1 (seringgit) seorang untuk yuran masuk sebelum anda tiba di parking lot Bukit Kutu. Okaylah, kalau info ini berguna bagi anda jangan lupa share kepada kawan-kawan anda dan yang penting subscribe Youtube Channel ZakersOnPace (hehe..). Jadi itu sahajalah untuk entri kali ni, selepas ini ZOP akan mendaki... jeng! jeng! jeng!

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : ZakersOnPace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

6 comments

4 jam naik! Semput denn naik tuu. putus napas den hahaha. share lah lagi!

Kalau ramai suke info mcm ni.. baru semangat nak share.. hehe

Nak gi siniii nanti!cam syiokk je ni.haha

Kene pegi.. puncak die cantik! 👍🏻


EmoticonEmoticon