15 Apr 2017

Gunung Datuk, Negeri Sembilan - ZakersOnPace

Gunung Datuk atau nama rasminya Gunung Rembau yang terletak di Negeri Sembilan adalah antara tempat wajib dikunjungi bagi penggemar hiking kerana pendakiannya agak mencabar dan yang paling menarik adalah pemandangan 360 darjah sehingga anda boleh melihat kapal yang berlayar di Selat Melaka. (kalau cuaca cantik)

Video Penuh Gunung Datuk Di bawah
Puncak Gunung Datuk

ZOP juga tidak ketinggalan untuk merasakan sendiri pemandangan yang cantik dari puncak Gunung Datuk setinggi lebih kurang 884m (2900ft). Perjalanan selama 2 jam (terpulang pada stamina individu) untuk naik ke atas dengan jarak sekitar 3 km untuk sampai ke puncak memang sangat berbaloi walaupun ZOP banyak kali berehat kerana laluannya agak menegak. (hehe..)


*Tips Pilihan: 7 Cara Asas Untuk Kurus Yang Sering Terlepas Pandang

Bayaran permit untuk mendaki adalah sebanyak RM 5 (lima ringgit) dan perlu mendaftarkan nama di pondok ranjer bagi tujuan keselamatan. Laluan untuk ke puncak agak lurus dan jelas jadi mudah untuk ZOP dan tidak perlu menggunakan khidmat guide.

Jack Hafizz di Puncak Gunung Datuk
Zakri Rozaini di Puncak Gunung Datuk

Kepada yang gayat harap anda boleh kentalkan sikit jiwa tu sebab sebelum sampai di puncak Gunung Datuk, anda dikehendaki memanjat bebarapa tangga yang diikat pada batu. Bagi ZOP rugilah kalau perasaan gayat tu membantutkan perjalanan anda untuk ke puncak Gunung Datuk kerana permandangan yang indah hanya boleh dinikmati selepas anda mengharungi tangga-tangga tersebut. (hehe..)

ZakersOnPace di Puncak Gunung Datuk

Paling best sekali adalah melihat kadar kalori yang dibakar dalam aktiviti kali ni iaitu sekitar 2491kcal (diukur menggunakan jam Suunto Spartan Ultra). Dan kalau balik tu boleh la makan sedap-sedap sikit (hehe..). Jadi ini sahajalah perkongsian ZOP kali ni. Kalau rasanya info dari ZOP memuaskan hati anda jgn lupa untuk share entri ni dan subscribe Youtube Channel ZakersOnPace okay! Entri seterusnya ZOP akan ke BUKIT KUTU!

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : Zakers On Pace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace

" Those who cannot change their minds cannot change anything. "


EmoticonEmoticon