26 Apr 2017

Punca Perut Susah Kempis

Mesti ramai yang mengidam perut yang kempis dan ramping, tetapi setelah berhempas pulas membuat semua jenis senaman perut masih juga tak nampak hasilnya. Jadi entri kali ni ZOP nak kongsikan tips bagaimana cara untuk mengempiskan perut dengan mengetahui puncanya dahulu.

Punca Perut Susah Kempis

Sebelum ni macam-macam senaman perut yang ZOP lakukan, daripada senaman di rumah sehinggalah di gym, tapi perut tidak memberi kesan seperti yang di idamkan cuma yang ada maintain bulat baik punya.(hehe..) Disebabkan kekecewaan itulah ZOP buat sedikit kajian cara yang tepat untuk kempiskan perut. Akhirnya ZOP menemui satu jawapan iaitu punca utamanya adalah lemak di bahagian perut.

Lemak Di Bahagian Perut

Senaman perut adalah latihan untuk membina dan menguatkan otot perut tetapi sebenarnya lemak masih lagi menyeliputi di atas otot perut tersebut. Ceritanya begini, otot yang kita bina melalui senaman perut tidak akan kelihatan atau menonjol jika lemak yang menyeliputi otot tersebut tidak dibuang atau dibakar terlebih dahalu. Kebanyakkan pakar menyatakan bahawa kaedah yang tepat adalah dengan melakukan lebih senaman kardio seperti berjogging, berenang, bermain badminton, bola dan sebagainya yang dapat membakar kalori.

Jack Hafiz Mengorak Langkah

*Tips Pilihan:
 6 Cara Mudah Membakar Kalori Pada Siang Hari

Bila bercakap tentang kalori, diet juga memainkan peranan yang penting di mana kalori yang diambil perlu kurang daripada kalori yang dibakar/keluar. *rujuk artikel: Apakah Itu Diet Sihat. Walau bagaimanapun pembakaran lemak tidak boleh tertumpu pada sesuatu bahagian tertentu, contohnya seperti anda ingin membakar lemak dibahagian perut sahaja ataupun dibahagian peha sahaja. Ianya agak sukar disebabkan senaman kardio akan membakar lemak secara keseluruhan kerana proses pembakaran lemak sesuatu bahagian badan itu akan dipilih oleh genetik anda.

Zakri Rozaini Tidak Ketinggalan

Kesimpulannya, anda masih boleh melakukan senaman perut, tapi ianya hanyalah menguatkan otot perut anda dan tidak membakar lemak yang menyeliputi otot perut itu. Caranya adalah dengan lebihkan senaman kardio untuk pembakaran lemak tersebut terlebih dahulu dan pastikan anda mengamalkan diet yang sihat bagi mempercepatkan proses pengempisan perut anda. Jadi itu sahaja perkongsian ZOP pada entri kali ini, sebarang komen untuk penambahbaikkan amat dialukan kerana kebanyakkan entri ZOP adalah dari pengalaman, perkongsian daripada sahabat ZOP dan artikel-artikel kesihatan. Banyak lagi tips, info dan perkongsian yang ZOP akan tulis tapi dalam entri seterusnya okay.

So tungguuuuu..

ZOP OUT!

Do Follow Us
Facebook : ZakersOnPace
Instagram : @zakersonpace
Youtube : ZakersOnPace


" Those who cannot change their minds cannot change anything. "

This Is The Newest Post

12 comments

Perempuan pun nak perut kempis,yes sebabkan ada lemak di perut.kena jogging lah dan jangan makan sambil bersulam dengan air.

siapa xnak perut kempis kan? hehe.. terima kasih diatas perkongsian pasal makan tu.. ZOP akan cuba ikut tips tu. :)

heheeh... bukan senang nak kempiskan perut ni..

Betul tu.. sbb tu penting kene tau punca dahulu.. 😁

Perut saya tak jaga pemakanan akan cepat naik juga..

Btol tu.. kebanyakkan kite mmg gagal bahagian diet.. hehe

susah nak kempis perut ni, tapi kalau ada usaha mesti boleh

Sapa tak nak perut kempiskan. nak-nak wanita yang dah bersalin.

Sekarang tengah usahakan untuk kekal slim hehehe

Tepat skali.. yg penting mental kene kuat.. kalau mental kuat ape2 kite nak dlm hidup ni mesti dpt.. hehe

Yes.. ZOP ade cadang utk share pasal wanita selepas bersalin jugak lepas ni.. boleh la singgah2 slalu dekat blog ni yea utk tips lebih lanjut.. 😁

tengah menunggu entri baru bro..

bila la agaknya ye..

hehehehe


EmoticonEmoticon